Assalamualaikum

"Guru-guru diingatkan jangan marah, denda, rotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja sekolah atau tidak mahu belajar. Penjaga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap guru jika berbuat demikain"



Jangan main-main tau. Sekarang ni ibu bapa boleh ambil tindakan undang-undang sekiranya cikgu denda, marah atau rotan anak mereka atas sebab tak buat kerja sekolah atau tak nak belajar. Amboi, besar kuasa ibubapa nih. Nak anak depa pandai atau dop nih. Naik lemak lah budak-budak nanti. Cikgu pukul sikit kena saman. Cikgu rotan sikit dah kena masuk jail. Kesian kau cikgu. Nasib cikgu zaman sekarang lah.

Kalau macam nih, ape guna profesion perguruan diwujudkan. Apa fungsi jawatan cikgu diadakan. Bukankah ia diwujukan atas kerana untuk mendidik anak-anak kita. Ibubapa zaman sekarang confirm-confirm dah tak sempat nak didik anak. Balik dari kerja pun belum tentu leh jenguk anak atau tak. Untung-untung, anak dah tidur. Jadi, bagaimana ibubapa ni ada masa untuk melihat pelajaran anak-anak dia.

Dulu ingat la zaman-zaman saya sekolah. Selalu kena ugut dengan parents kalau malas belajar, mak nak report dekat cikgu. Hah...betapa pentingnye peranan cikgu zaman tu. Cikgu yang marah kite weii...bukan mak kite. Cikgu nak pukul, pukul lah, jangan sampai mati sudah. Janji anak kite pandai. Ingat lagi, itu kate-kate mak ayah saya. Betapa diorang nih meletak harapan pada cikgu supaya mendidik anak-anak. Hendak nya anak-anak berjaya. Tak masuk uni. pun takpe, janji perangai elok, jadi orang budiman.

Dibandingkan zaman millenium nih, anak-anak dah banyak terdedah pada perkara-perkara negative. Kau bukak je internet tu, macam-macam kau dapat. Baik ada, tak baik berlambak-lambak. Pilih jer mane kau nak. Telefon bulih rakam macam-macam. Tengoklah, banyak mane kes sosial anak-anak zaman sekarang nih. Fenim-fenim. Tu lah fungsi cikgu, untuk pantau diorang. Activities siang anak-anak. Ibubapa confirm-confirm sibuk bekerja. Lainlah, ibu kita zaman dulu-dulu. Diorang tak keje, masih ade mase nak didik, tengok-tengokkan anak-anak.Kalau lah cikgu tak leh nak sentuh langsung, bertambah rosaklah. Tak ade sape leh tegur mane yang baik, mane yang tak baik. Mana yang boleh kite buat, mane yang tak bulih kite buat.

Nasiblah. Hendak buat macamana. Itu pilihan kita. Kalau kita mahu anak-anak kita berjaya, let it to cikgu to do their job, but in the same time, kite pun kena main peranan jugaklah sebagai parents. Jangan 100% let it to cikgu. Had cikgu hanya di sekolah, dan selebihnya milik ibubapa untuk melihat dan mendidik anak mereka sendiri. Kedua-duanya, saling bergantung, demi membina anak-anak yang cemerlang masa depannya.

 Pengalaman di sekolah adalah kenangan yang paling indah bagi saya. Banyak benda yang saya belajar, baik daripada guru-guru mahupun kawan-kawan. Dan, saya selalu teringin mahu kembali ke zaman sekolah. Kerana ia adalah sesuatu yang paling indah.





Saya sayang cikgu saya, saya sayang mak ayah saya dan saya sayang kawan-kawan saya.

Wassalam...\(^_^)/

GURU ATAU PENJAGA

by on February 21, 2013
Assalamualaikum "Guru-guru diingatkan jangan marah, denda, rotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja seko...
Assalamualaikum.

Wahhh!!!
Pagi-pagi sudah update blog. Kerlass kau mak jah. 
"Kau ada. Ada, ada?" *guna nada si bongsu Ekal*
"Tak ada, kan." (Hihihi) 

Beginilah kehidupan bersama si adik bongsu yang baru berumur 7 tahun. Macam-macam perangai, sampaikan si kakak pun terikut sama. Yihh!! 

Jadinya, 
Hendak dijadikan cerita, pagi tadi pergi kerja sambil dengar slot AM Crew di hot.fm. Tajuk pagi ini pula tentang "branded". 

BRANDED. Dalam erti kata lainnya adalah jenama. Lagi spesifik merujuk kepada pakaian atau barangan yang mahal atau bernilai tinggi yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. 

Bak kata si Fara Fauzana aka Fafau, dia okay sahaja jika tidak memakai baju "branded"
"Ha..tengok. Baju I berharga 5 pound sahaja. Seluar I hanya one pound sahaja...".
Wah. Kemain lagi ya cik  Fara Fauzana kita ni. Sengaja nak "highlight" kan matawang pound. Tak mainlah harga dalam Ringgit Malaysia, RM ni.

Saya pun bukanlah seorang yang suka memakai baju-baju "branded". Kasut-kasut "branded". Beg-beg "branded". Kita ini sekadar biasa-biasa sahaja. Baju pun beli dekat pasar malam sahaja. Manalah nak ada duit banyak-banyak untuk beli barangan berjenama.  Iya, ke tidak?

Apa yang penting, guna ikut keselesaan dengan pakaian yang kita pakai. Barulah tidak serabut sangat. At least, biarlah nampak kemas. Cantik dan bergaya. Tak gitu.

Cik Suri bukalah seorang yang suka membeli baju, beg atau aksesori. Tetapi, saya seorang yang terlalu obses terhadap kasut bertumit, "heels". Tidak kiralah, kalau saya sudah terberkenan dengan satu-satu design, mesti hendak beli juga.
 
Hah!!! Masa ini harga sudah tak dipandang. Janji dapat beli. 

Tapi, belum pernah lagi membeli sampai berhabis beratus beribu ringgit. Ala kadar sahaja, seperti mengukur baju di badan sendir. 

Terliur juga untuk merasa barangan jenama seperti Jimmy Choo, Louis Vuilton, Dior dan sebagainya. Tetapi, sekadar berangan di siang hari saja. Realistiknya kasut hanya untuk dipakai di kaki sahaja, maka tidak perlulah berhabis duit. Iyer ke idop, teman hoii!!!

Habaq kat hang, sudah berbuih emak kita bebelkan kita tau. Yelah, kasut sahaja berkotak. Semak katanya, pakainya tidak. Beli sahaja yang banyak. Lepas itu, buat harta, last-last rosak begitu sahaja. Nanti dekat akhirat kena bilang satu-satu. Jenuhlah menunggu hendak masuk ke syurga cepat-cepat. 

Kadang-kadang marah emak ayah bersebab. Tapi, apakan daya. Anakmu yang comel ini tidak bersalah tapi nafsu yang bersalah.
Hahahaha :)

Barangan "branded" harganya mestilah mahal. 
Manalah cik suri mampu hendak beli barang-barang yang mahal begini. Kalau teringin hendak beli barang yang "branded", kena tunggu waktu SALE. Kut-kut lah dapat diskaun 70-80%. Barulah berpuas hati.Yang berharga seribu boleh turun jadi seratus ringit. Jack pot!! Itu pun terpaksa berebut dengan orang ramai. 

Biasanya saiz barangan discount ini limited. Jarang sangatlah hendak dapat yang sesuai dengan size orang Asia yang kementot ni.

Okay lah,
Sekadar cik suri bercerita. Kalau korang suka, jangan lupa tinggalkan komen. 


So, dengarkanlah lagu dendangan daripada Jessie J, Price Tag.

Next post, see ya!!!

BRANDED

by on February 21, 2013
Assalamualaikum. Wahhh!!! Pagi-pagi sudah update blog. Kerlass kau mak jah.  "Kau ada. Ada, ada?"  *guna nada si bongsu Ekal*...
Assalamualaikum.

Hey!!!

Cantikkan blog background Cik Suri. PINK colour. Pinky, pinky!!!
Amacam... Okey tak?

Ehmm...agak okeylah kalau dibandingka dengan previous background. Much Better!! Walaupunpun merah jambu is not my favorite colour. Tapi sebab sudah bosan dengan layout yang lama, jadi Cik Suri perlukan sedikit perubahan. Ubah mood sikit. 

Pink bagi vibe more girlish...Girlish ke gedikss. Ha...Ha...Ha... 

Ada beberapa setting yang I try to change tetapi tidak menjadi. Ini masalahnya bila tiada kemahiran. Jadinya, sudah terpadam profile and I no idea how to recover it back. 
Anyone can help me? 
Pleaseeee....!!!

By the way, that is not important. As long as I still can write and share my story here. That's good enough for me. And, I am very grateful still have people want to read this blog. Thank you. Love U!!!

Okeylah. Banyak pula membebelnya.

I leave you with this song... Justin Bieber!!!

Justin Bieber in the house...Enjoy the song!!!

PINK

by on February 20, 2013
Assalamualaikum. Hey!!! Cantikkan blog background Cik Suri. PINK colour. Pinky, pinky!!! Amacam... Okey tak? Ehmm...agak okeylah kala...
Assalamualaikum.

Ini entry saya yang kedua. Bukan sambungan untuk entry SUARA KITA. Kali ini saya letak tajuk ADIL.
Kenapa ADIL. Maksud ADIL. Kalau ikutkan pada buku rujukan Pendidikan Islam Tingkatan 4 atau 5 (random), adil bermaksud meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau mengikut kepada carian mr. google, adil bermaksud kesamarataan. Fair and square, bak kata mat saleh bulu ketiak kuning.

Tadi waktu lunch, biasa lah kalau sudah namanya perempuan makan pun sambil sembang. Jadinya, saya telah mengeluarkan suatu statement menyebabkan mereka tak setuju *mungkin*?

Apa saya kata?
Ayat saya lebih kurang macam ni,:
“Saya mintak maaf, jangan ambik hati saya nak cakap ni. Kita kalau jadi parents, bagilah kasih sayang yang sama rata pada anak-anak”.

Mereka bukanlah tidak setuju tetapi kurang bersetuju dengan kata-kata itu. Entahlah. Mungkin maksud yang ingin saya sampaikan tidak tersampai atau mungkin tersalah faham.

Kenapa saya berkata begini.

Saya bujang and memang tidak ada pengalaman as a parent. Tetapi ada sebab kenapa saya berkata begitu kerana, one of my officemate ni cakap:

Lebih kurang macam nih:

Si A, “ Beza anak yang minum susu ibu  dengan susu botol. Tengok macam A*tak boleh bubuh nama sebenar* taat dan dengar cakap ibu. Kalau si E ni, lain sikit perangai.

Disambung pula,
Si B, “ Ehem…Q *name anak die, maaf xnak sebut*…mmg minum susu dada kejap aja. Lepas tu dah tak mau, nak minum susu botol gak. Itu yang perangai lain pelik sikit. Sebab tu gemuk. 

Bagi saya, memang tiada masalah tetapi apabila kita mula membanding anak-anak kita antara satu sama lain, tak mustahil suasana yang kita create itu akan mempengaruhi peribadi anak-anak kita.
Kenyataan saya*yang di atas tadi* dibalas,

“Sue, memang lah kena adil, tapi tak kan lah kalu kita beli satu permainan dekat si A  ni, kita pun kena beli jugak ke B. Susahlah macam nih. Beli satu, tapi berkongsilah.”
Oh…saya faham term of kongsi. But what I trying to say is the way we give kasih sayang to your kids. Bukan atas dasar material or giving of something. Apa yang cuba saya nyatakan adalah atas dasar perkataan atau ucapan kita pada mereka.

Let say:
“Abang long ni pandai lah, rajin belajar, dengar cakap. Adik nih pulak, belajar macam nih…malas. Tengok abang dah la rajin, pandai pulak”
Memang pada kita, apa yang kita cakap dah betul, tetapi ada tak kita fikir penerimaan anak-anak terhadap percakapan kita.

Cuba kita cakap macam nih,
"Abang long ni rajin, selalu tolong mama. Bila adik nak tolong mama, adik pun rajin tapi jarang tolong mama. Abang long nanti tolong adik belajar, sama-sama jadi pandai yer". *mungkin?*
Mungkin kita boleh cuba gunakan secara reverse psychology pada anak. Janganlah kita membandingkan anak-anak. Kita fikir dengan membeza-bezakan mereka, menyebabkan anak ini akan terus berusaha tetapi adakah kita fikir perasaan mereka apabila dia dibandingkan dengan abangnya. Oleh sebab itu, ada anak yang memberontak. Mereka akan fikir mak dan ayah sayang abang saja, mak kate saya tak pandai, mak kata saya malas dan sebagainya. Dan, secara automatiknya, anak itu membentuk peribadi yang negative. Walaupun dia berusaha untuk memenuhi kehendak hati ibu bapa tetapi nilai dalam dirinya mungkin sudah tidak ada. Sebab itu lah wujudnya anak yang suka melawan, bersikap tidak menghormati dan besar kepala.

Jadi,
Mungkin kita fikir kita dah lakukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tetapi, wahai parents, watch out your words. Anak-anak ada hati dan perasaan. Bila kita tersalah, padahnya kita yang menanggung dan akhirnya, apa akan jadi pada anak kita. Siapa yang rugi. Anak-anak adalah amanah Allah kepada kite.

Anak-anak itu memang kain putih. Kita lah yang mencorakkan mereka. Bagaimana?
ITU ADALAH PILIHAN KITA!!!


**Saya masih bujang dan ini pandangan saya, bercakap memang senang dan saya akui memang susah untuk melakukannya**

Last word,

Sentiasalah mendoakan kebahagian dan kesejahteraan ibubapa kita. Dan sama-samalah kita berusaha untuk menjadi anak yang soleh-solehah dan berusaha untuk membahagiakan ibubapa kita.

Wassalam,
senyum sokmo
saya mahu jadi anak solehah

ADIL

by on February 19, 2013
Assalamualaikum. Ini entry saya yang kedua. Bukan sambungan untuk entry SUARA KITA. Kali ini saya letak tajuk ADIL. Kenapa ADIL. Maks...
Assalamualaikum.

Hi. Selamat pagi semua.
Alhamdulllah.
Pagi yang ceria. 
Cuaca yang cerah dengan matahari yang memancar lembut tak panas dan tak redup. Suasana yang sungguh selesa.

Ha!!!
Cik Suri teringin hendak share video ini dekat korang:




Selamat menengoklah ya... 
Tetiba hilang idea pula hendak tulis entry kali ini. Begitulah kehidupan, tiba-tiba hilang dan lupa.
Nanti jika ada kelapangan dan ilham, saya sambung kembali. 
Hehehe...

SUARA KITA

by on February 14, 2013
Assalamualaikum. Hi. Selamat pagi semua. Alhamdulllah. Pagi yang ceria.  Cuaca yang cerah dengan matahari yang memancar lembut tak panas d...

Ad Code

Responsive Advertisement