Kemaman banjir besar yang luar biasa....

Assalamualaikum…

Selamat pagi atau selamat tengahari. Hari Ahad macam ni, mesti ramai lagi yang tengah tidur lagi.
Harap sudah bangun sembahyang subuh tadi…
hehehe…

Okey...

Saya akan update sikit pasal banjir yang berlaku di Kemaman, pada beberapa hari yang lepas....
Maaf lah...lambat nak update... tak terfikir pun nak buat entry pasal banjir...hehehe...

Ni, saya letak serba sedikit gambar banjir yang sama mintak dari kawan satu opis...di kawasan berhampiran dengan rumah dia.





Huishhh...

Boleh tahan jugak banjirnya...Dekat rumah saya, dua jalan utama dah kena tutup dek air. Pagi tu nak pergi keje, lalu jalan yang biasa guna tu, dah limpah dengan air. Terpaksa lah patah balik. Ikut jalan lagi satu pun, air alur dah paras limpah...Takut tengok air yang banyak macam ni...Terpikir jugak, sebab pagi tu hujan lebat, risau kalu air dah penuh, petang nanti tak boleh balik rumah...huhu nak tidur mane...

Mak saya cakap, ni lah banjir paling teruk. Tak pernah lagi Bandar Chukai banjir macam nih...Bank-bank masuk air, pasaraya, secret recipe, office-office...teruk lah kena kemas balik...

Itu lah dugaan kan...Allah dah cuba ingatkan kita supaya jangan lakukan kerosakan di muka bumi nih...sedikit demi sedikit Dia dah tunjukkan dekat kite sume...supaya kita lebih beringat...
Sembilan Petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab 

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. 

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” 

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” 

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” 
Setiap permulaan perlu dimulai dengan Assalamualaikum…. 

Salam sejahtera buat semua 

Pernah tak rasa dendam dan benci dekat seseorang. 

Mesti semua orang pernah rasakan.

Ketika saya menulis entry kali ini, perasaan saya sangat sedih kerana saya mempunyai perasaan benci dan dendam terhadap seseorang. Seseorang yang perlu saya sayangi dan hormati. 

Saya tak suka perasaan negative ini tetapi ia mula terbit dari dalam diri ini sedikit demi sedikit. Adalah sangat berdosa sekiranya saya terus membiarkan perasaan ini merajai hati…Takutnya Ya Allah… 

Saya telah cuba untuk memadamkan api kebencian ini tetapi setiap butir bicara dan perlakuan orang itu terhadap saya hari demi hari telah memarakkan lagi kemarahan saya terhadapnya. Saya tidak tahu apa kesalahan saya sehinggakan saya dibeza-bezakan dengan orang lain. 

Walaupun sebanyak mana kebaikan yang telah kita lakukan ia tetap menjadi satu kesalahan dan saya tetap dihina serendah-rendahnya. Saya disalahkan. Hati mana tidak sakit kalau dilakukan begini bertahun-tahun. Jiwa mana yang tidak akan memberontak dan akhirnya menjadi dendam dan benci. 

Tetapi, 

Ingatlah… 

Tabahlah dengan ujian Allah dan berdoalah kepada-Nya supaya dikuatkan semangat untuk itu. 

Dendam dan benci itu tidak akan memberi apa-apa kebaikan pada kita. Malah ia akan merosakkan lagi jiwa ini. Maka, jagalah daging yang seketul ini. Didiklah ia dengan unsur-unsur yang baik. Jauhkan daripada perkara-perkara dan perasaan yang akan merosakkan ia. 

Jagalah hati ini Ya Allah. 
Bantulah untuk menghilangkan perasaan benci dan dendam ini. Biarlah ia terkubur begitu saja tanpa meninggalkan kesan buruk pada diri aku yang lemah ini.


Teruskan berbuat baik dan janganlah membuat kejahatan kepada sesiapa pun. Allah yang menilai dan kita tidak rugi apa-apa pun. 

InsyaAllah… 

Dunia ini neraka bagi orang beriman dan syurga bagi orang-orang yang lalai. Akhirat itu syurga bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan neraka bagi orang-orang yang lalai…

DENDAM DAN BENCI

by on December 26, 2012
Setiap permulaan perlu dimulai dengan Assalamualaikum….  Salam sejahtera buat semua  Pernah tak rasa dendam dan benci dekat seseora...

Aku Ingin Berjaya Seperti Orang Lain
Assalamualaikum …

Entry yang kedua untuk ari nih…
Post di FB pagi tadi : “Apa yang cuba disampaikan tidak tersampai tetapi menjadi satu salah faham~Aku tidak layak menjadi pakar motivasi~
Ini semua gara-gara salah faham budak-budak operation dengan apa yang aku cuba sampai kan…
Hasilnya, di kalangan mereka berasa hati dengan kata-kata itu…huhuhu…
Nampaknya, terpaksalah aku ambil kelas berkomunikasi dengan betul dan berkesan…
Jadi,
Aku buat lah sikit research apa yang aku cuba bagitahu pada mereka. Boleh rujuk pada item no 2.
Esok aku akan share artikel nih untuk mereka…
Harap dapatlah menjadi pekerja yang bertanggungjawab pada diri sendiri yang pentingnya…InsyaAllah!!!

Kita tidak perlu malu untuk meniru bangsa lain, jikalau kita semak bersama point-point di bawah sebenarnya di dalam diri bangsa sudah ada pada kita. Hanya sekarang ini tanpa kita sedari ia sedang tenggelam oleh keangkuhan dan dihanyutkan dengan budaya kebendaan. 
MALAHAN HAMPIR SEMUA AMALAN INI ADALAH AKHLAK YANG PERLU DI MILIKI OLEH ORANG ISLAM
Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;
1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi jika dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.

2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas. Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.

3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30. Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00. Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas. Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas. Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.

4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen. Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan. Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat. Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.

5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu. Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah. Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar. Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.

6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini. Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).

7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca. Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah. Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).

8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan. Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka. Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.

10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang. Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain. Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.

Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir kesemuanya resepi orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.



Kita yakin ada faktor “kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari.
Mabuk Super Junior!!! Hi ELF!!!

Assalamualaikum...
Hai!!!

Baru je lepas abis audit API Q1 baru-baru nih...hahaha letih sangat selepas hampir dua bulan bertungkus lumus untuk semua documentation and filing system... Nak handle staff2 lagi supaya mengikut system yang telah dibentuk bukanlah sesuatu yang mudah...*diorang nih bukan nak dengar cakap kite*...ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri... Boss aku pulak...lain pulak perangai nye...keje yang sepatutnye die kena siapkan duk suruh org lain buat...bagi pulak pada orang yang tidak sepatutnya...kelakar betul lah...last sekali aku jugak yang kena settle kan...where is your leadership bro, how you want to handle us if your attitude like this...so embrassed!!! What ever...past is past...API Audit done already...we got the NCs... Okey, Back to our main title... Skip beat!!! versus Choi Siwon....haaaa....I love him...I love the character in the series....sweet mehh...
 
Hensem kan....tp saya lagi suka satu poster yang ada
dalam drama skip beat!! mmg style sangat!!


Disebabkan aku baru kenal this actor and baru tau  he is one of member of Super Junior... 
Secara automatik, sejak dua menjak ini aku sudah jatuh cinta dengan group Super Junior... 
Dulu aku selalu kutuk kawan-kawan yang suka benar dengan K-Pop nih...
tapi okey lah sikit daripada yang addicted dengan Gangnam Style tu...
entah apa aje... 
Anyway, aku memang hard core Korean, Taiwanese and Japanese drama series dari zaman sekolah rendah lagi. Ambik ko...sume cite aku download tau...Tapi bukan lah hard core to K-pop, tapi sekarang saya berubah hahaa...I am so, so, sooo into Super Junior... cuba lambat sikit dari orang lain....ketinggalan keretapi hahaha*xpenting pom*






Anyway, buat masa ni aku dah ade dua kegemaran korean male actor which is Mr. Lee Jun Ki and Mr. Choi Siwon...


Ni lah Mr. Lee Jun Ki with his heroin in the series of Arang and Magistrate.

Sekian...
cik suri yang menulis

SKIP BEAT and CHOI SIWON

by on November 21, 2012
Mabuk Super Junior!!! Hi ELF!!! Assalamualaikum... Hai!!! Baru je lepas abis audit API Q1 baru-baru nih...hahaha letih sangat selepas hamp...

Ad Code

Responsive Advertisement