Assalamualaikum & salam maulidur rasul...

Bila aku 30 tahun..Entahlah..sejak dua menjak (xtau ade tak perkataan ni) saya asyik terfikir akan umur 30 tahun...sampaikan terbawa-bawa ke dalam mimpi...takut benar agaknya atau masih kabur akan masa depan ni...Ya Allah, susah benarkah hidup ni..sedangkan saya sudah berjaya untuk harunginya selama 26 tahun..atas ketentuan dan keredhaanMu ya, Allah...

Maka, sepatutnya saya lebih bersedia untuk menempuh usia 30 tahun, tapi...entahlah...tetiba timbul rasa ketakutan dan ketaksediaan itu...bukan kerana takut tua...sedangkan sedia maklum tentang ajal dan maut...tetapi, adalah kerana masih belum mencapai kejayaan dan pencapaian yang betul-betul membuatkan hidup lebih stabil...apa yang saya mahu dalam hidup ini...apakah arah tuju saya?!!adakah sudah jumpa tujuan dah arah itu...kabur...masih kabur...semua masih tak tahu...masih teraba-raba mencari arah...masih mencari sesuatu...yang belum ditemui...tunjuklah saya satu arah..satu point yang membawa saya ke arah yang lebih tepat...yang memberi makna dan keselesaan untuk meneruskan kehidupan ini...

BANTULAH SAYA MENCARI NYA...AKU MENYERAH HIDUPKU PADA KETENTUAN-MU, YA RAHMAN, YA RAHIM!!!



Song for Maulidurrasul...
May all muslim got the blessed from Allah...

THE CHOSEN ONE By Maher Zain

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad, ya Rasoola Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah

Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah

Chorus

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me

Chorus

Bila Aku 30 Tahun

by on February 15, 2011
Assalamualaikum & salam maulidur rasul... Bila aku 30 tahun..Entahlah..sejak dua menjak (xtau ade tak perkataan ni) saya asyik terfik...

SALAM MAULIDUR RASUL

Marilah kita hayati khutbah terakhir Rasulullah. Marilah kita menjunjung wasiat2 yang ditinggalkan sebagai panduan hidup sebagai Muslim...INSYAALLAH!!!

Titipan kisah daripada iluvislam.com


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Selamat Hari Kekasih ALLAH

by on February 15, 2011
SALAM MAULIDUR RASUL Marilah kita hayati khutbah terakhir Rasulullah. Marilah kita menjunjung wasiat2 yang ditinggalkan sebagai panduan hidu...

"dendam itu bara, marah itu api, sabar itu air..simbahlah api dan bara dengan air..nescaya, hilanglah marah dan dendam"~TRADEMARK UNTUK BLOG SAYA~

tapi tak semudah sebuah madah...panas baran saya masih belum dapat diubati...sangat tensen...ingin sangat nak menjadi someone yang boleh control anger and dan jadi someone yang baik...mungkin sbb saya berada disekitar orang-orang yang sentiasa mencuba untuk menaikkan darah saya... tensen sangat...tidak mudah untuk menjadi penyabar walaupom dah cuba berkali2...tapi tidak berkesan...YA ALLAH, aku mohon pertolongan, aku mohon titiskan sedikit sabar dalam hati nih...tunjuklah satu jalan padaku ya ALLAH!!!

TENTANG MARAH

by on February 11, 2011
"dendam itu bara, marah itu api, sabar itu air..simbahlah api dan bara dengan air..nescaya, hilanglah marah dan dendam"~TRADEMARK ...
Assalamualaikum.
Hi semua...

Selamat berehat pada hari cuti sambil menonton drama Korea Selatan, "The Last Queen in The Earth" di channel Tv al-Hijrah. Maklumlah sambil melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Hehehe...

Macamlah banyak kerja sangat dekat office. Padahal satu hari suntuk duduk update blog, delete content yang tidak perlu dan tambah apa yang sepatutnya. Maklumlah untuk mencantikkan lagi blog ini. Lepas update blog, buka pula Facebook. Banyak betul kerja ya. Boss marah dikatakan boss tak sayang pekerja. Hah...Berdosa kan?

Isk... takut pula bila fikirkan balik. Tapi memang hari ini tiada kerja untuk dibuat. Semua kerja telah siapkan awal-awal. Clear meja. Biasalah ada hari meja akan penuh dan ada hari meja kosong.

Tender projek satu pun tidak ada yang masuk. Tetapi jikalau sekali masuk tender, tidak menang tangan dibuatnya nanti. Masa itu, banyaklah orang yang kena contact. Supplier ini, orang itu. Dari Singapore, dari Norway, US, Australia dan juga company di Malaysia. Hendak kena tanya "prinsipal" lagi fasal harga dan kena call client untuk confirmation spect dan sebagainya. Banyak hal perlu ditanya itu dan ini. Time itu barulah tidak kenal bila siang, bila malam. Terpaksa pula stay up sampai malam di pejabat. 

Jadi, hari minggulah peluang untuk berehat sambil update knowledge sikit tentang product dan technical skill. Tapi, perasan tak satu benda lately?
Ya, saya semakin rajin update blog. Sudah tidak bersawang lama-lamakan.

Pendek sahaja tulisan hari ini. Sekadar berkongsi penat lelah di office.

Okay!!! 

SELAMAT BERISTEREHAT & SELAMAT MALAM...
Semoga dilindungi Allah...ALWAYS!!!


Enjoy the song. 
One of my favorite band.

RAJIN

by on February 08, 2011
Assalamualaikum. Hi semua... Selamat berehat pada hari cuti sambil menonton drama Korea Selatan, "The Last Queen in The Earth" di ...
~JOM...KE DAPUR!!!~

Sempena cuti Tahun Baru Cina. Tidak ada kerja nak dibuat dekat rumah...
So, check barang-barang baking,  boleh buat kek...semua lengkap cuma 5 biji telur sahaja yang tidak ada...
Disebabkan semangat tengah berkobar-kobar hendak masakkan kek, suruh jugalah si assistant pergi kedai belikan telur.
Mengayuh basikal pergi kedai si adik bongsu kesayangan tengah-tengah hari buta yang panas ini. Nasib baik dia yang volunteer hendak pergi  ke kedai. Jarang sangat berlaku!!!


nak bakar~~dalam oven~~

kek sedang dimasak...tak sabar betul, 
Emak kata, chef wan pesan mana boleh buka oven time tengah baking...
Kejap-kejap buka oven, then dicucuk pula kek dengan lidi.
Tak sabar betul...
hehehe;p












kek sudah siap dimasak...wee~~~tu dia, official nya diberi nama "kek marble chocolate rice" walaupon 1 bende xdimasukkan iaitu susu...okeylah..menjadi jugakkkk!!!~`bangga~~

sekejap jer dah jadi separuh...tak sampai sejam pom..dapat dua bijik kek... nak resepi...boleh contact saya...5 bende jer...simple jer...
nanti nak belajar buat ising pulak...hehehe
kreative ker?!!!


okey~~~
jumpe lagi, wassalam...May God Bless You...INSYAALLAH!!!

BAKING CAKE BUTTER SIMPLE

by on February 07, 2011
~JOM...KE DAPUR!!!~ Sempena cuti Tahun Baru Cina. Tidak ada kerja nak dibuat dekat rumah... So, check barang-barang baking,  boleh buat kek....

Ad Code

Responsive Advertisement